Thursday, October 28, 2010

SEKOLAH KU ..






SEJARAH SEKOLAH KU ...  


  Sekolah saya  terletak di lot 5269 dan Lot 5298 dalam Mukim Sabak Bernam. Negeri Selangor Darul Ehsan. dengan keluasan 12 ekar. Jarak dari Pekan Sabak Bernam kira-kira 1 Km. 0.75 Km ke selatan Sungai Bernam. 35 Km dari Bandar Teluk Intan Perak. 110 Km dari Bandar Klang. 145 Km dari Ibu Kota Kuala Lumpur .Terletak di tepi Jln Kalabakan iaitu utama Klang-Teluk Intan.  Pendidikan aliran Inggeris dan pembinaan sekolah telah bermula pada pertengahan tahun 1951 di atas tanah yang diwakafkan oleh Dato’ Tan Boon Chong, dengan pemilihan pelajar pelopor seramai 63 orang (33 orang murid Melayu dan 30 orang murid Cina). Pada 7 November 1954, Raja Tun Uda (Menteri Besar Selangor) telah merasmikan sekolah Inggeris pertama, diberi nama Sekolah Rendah Inggeris Sabak Bernam.  Pada tahun 1955, seramai 33 orang pelajar (gambar kecil) terpilih setelah berjaya dalam peperiksaan masuk ke sekolah menengah dan menjadi pelopor pelajar yang meneruskan pembelajaran di Sekolah Menengah Inggeris. Sekolah Menengah Inggeris Sabak Bernam telah bermula pada awal tahun 1956, namun masih menumpang di bangunan Sekolah Rendah Inggeris dengan ditadbirkan oleh seorang Guru Besar sehingga tahun 1959. Menjelang tahun 1960, pentadbirannya telah dipisahkan dan pelajarnya dipindahkan ke bangunan yang baru iaitu Sekolah Khir Johari (Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari kini.


  Bermula dengan 33 orang pelajar, sekolah ini telah mengalami evolusi pertambahan pelajar yang ketara. Pada tahun 1960 seramai 247 orang, 1962 seramai 383 orang seterusnya meningkat kepada 727 orang pelajar pada tahun 1968. Pada tahun 1966, para pelajarnya pula berpindah ke bangunan baru dengan nama Sekolah Lanjutan Jalan Feri (kini SMK Tunku Abdul Rahman Putra .

                              Image        Image
  
Sekolah  ini telah mengalami evolusi nama dan lencana sekolah seperti di bawah:



 Government English School (GES) Sabak Bernam,  National Type Secondary School (NTSS) Sabak Bernam,  Sek. Men. Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam,  SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STAR Putra) Sabak Bernam.

Image.. Image.. Image..


Para Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah saya

1.EN. WILLIAM JALIEH 1960-1962



2.EN. BENAD FERNANDEZ 1962-1968


3.EN. MOHD ARIS HJ. OTHMAN 1968 (3 bulan)


4.EN. YAHYA HJ. ABAS 1968-1970


5.EN. MOHAMMAD B. AHMAD SANI 1970-1972


6.EN. MAULAN B. DOLLAH MOKERI 1972-1980


7.EN. ZAINAL B. ABDUL SAMAD 1980-1985


8.TN. HJ. ISA B. HAJI ABU 1985-1991


9.TN. HJ. SHAMSUDDIN B. MAT JAYA 1991-1995


10.TN. HJ. MAHMUD B. NAIM 1995-1999


11.TN. HJ. BAJURI B. ABDULLAH 1999-2000


12.TN. HJ. SURIMIN B. GIMAN 2000-2003


13.TN. HJ. MD ZAINI B. AB. KUDUS 2004-2007


14.PN.HJH JAMEAH BT HJ SALLEH 2007-2009
 
15.PN HJH ROSNAH BT SELAMAT (2010 )-PENGETUA YG SEDANG BERKHIDMAT-
 

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI DI NEGERI SELANGOR 2012
 
Image 



Image      Image 
 

Image        Image





Image




Bangunan Baru tersergam Indah telah sedia di gunakan oleh penghuni SMKTARP. Bangunan 4 tingkat itu menempatkan kelas tingkatan 2RK, 1RK , 3 KAA, Tingkatan 5 , pejabat Baru, Bilik PSV dan Makmal-makmal berprestasi tinggi. SMKTARP telah di calonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2012. Semoga hasrat sekolah untuk mencapai tahap itu akan tercapai. 

 KEPUTUSAN PMR 2009 CEMERLANG..



      Image    Image

Seramai 14 orang pelajar semua subjek dapat A, dan yang lain lain 8A, 7A ,6A ramai lagi. tahniah semua pelajar dan guru-guru. Semoga terus berjaya dan menempa kejayaan lebih gemilang.


Keputusan STPM 2009 CEMERLANG 100%

Keputusan STPM baru-baru ini telah diperolehi dengan pencapaian 100% dengan Pelajar terbaik 4A (semua prinsipal A) KOEH SHAO KEONG Dilaporkan oleh En Mohd Rustan Effendi B Ismail (Guru Penyelaras Ting 6)                            
                                               
                                           

 




ANUGERAH KUALITI PPD SABAK BERNAM 2009..

Tahniah kepada sekolah kerana berjaya merangkul 14 Anugerah Kualiti 2009 menjadikan sekolah kedua terbaik kualitinya di daerah Sabak Bernam  1. Anugerah Pengurusan Pusat Kaji Cuaca Terbaik  2. Anugerah Pengurusan Makmal Komputer terbaik 3. Anugerah Pengurusan Bilik BOSS (SPBT) terbaik. 4. Anugerah Pencapaian 100% Matapelajaran SPM 2008.  5. Anugerah Persatuan Bukan Akademik (Roket) Terbaik.  6. Anugerah Pengurusan Kelas Rancangan Khas  Terbaik. 7. Anugerah Pasukan Pakaian Seragam Terbaik (Kadet Polis). 8. Pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling (5 Bintang)

 PASUKAN ROKET MEWAKILI NEGARA..
               
            Image          Image

TERIMA KASIH KEPADA PENYUMBANG : YB DATUK ABD RAHMAN BAKRI, YB DATO WARNO, YBM DATO RAJA IDERIS RAJA AHMAD dan YB NORIAH KASNON berjumlah RM3000. 22 JAN 2009 pasukan roket sekolah ini akan mewakili negara ke peringkat antarabangsa di Thailand - Pulau Phuket. Sekolah mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan ini yang di bimbing oleh jurulatih profesional meluncur roket kebangsasan  En Osman (pembantu Makmal sekolah) di atas kejayaan ini.


Unit Hal Ehwal Pelajar


PENGERUSI : TN HJ JAMARI B RIMON


TIM.PENGERUSI :PN LUBNA BT DAMANHURI (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI :1 TN HJ MALIK B JAILANI (GPK kO-KU)





Unit Ko-Kurikulum



 VISI Kokurikulum STARP Gemilang 2012.
 MISI Mendidik pelajar menyedari kepentingan kecemerlangan kokurikulum dalam meneruskan kerjaya masa depan.
 OBJEKTIF    1. Membentuk keseimbangan perkembangan    mental dengan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan sosial melalui gerak kerja.2. Mengintegrasikan pengetahuan akademik dalam kegiatan kokurikulum.3. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid-murid.4. Membimbing pelajar mengisi masa lapang.5.Meningkatkan tahap kesejahteraan, keperpaduan dan kepatriotikan murid.  



Organisasi UNIT ICT SMKTARP Sabak Bernam
   

Pengerusi : Pn Dr Hjh Rosnah Bt Selamat (Tuan Pengetua)
                            
                                         





Naib Pengerusi 1 : Ustaz Jamari B Rimon. Naib Pengerusi
                                                    
                            2:  Tn Hj Muaz B Abd Karim  
                                                                        
                            3: Pn Yuhaniz Bt Mohamed
                                                      

Setiausaha/ Penyelaras ICT: En Basori B Hj Abd Rahaman

 
                                    
AJK: Cik Zawahir Bt Daud (Penyelaras ICTL) , Cik Azizah, En Amel Ibrahim



Penyelaras Makmal 1: Cik Azizah Wahid,                                  
                           2 & 3 : En Basori Abd Rahaman
                              4&5: Amel B Ibrahim



Unit ICT SMKTARP Telah ditubuhkan pada Jan 1999.Adalah menjadi matlamat Unit ini untuk melaksanakan rangkaian network menyeluruh, servis komputer, penggunaan perisian di dalam pendidikan. ICT juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi ICT selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, ICT memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit ICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan ICT di dalam lajaran dan pendidikan.



-Mengendalikan rangkaian Menyeluruh SMKTARP.


-Menyokong sistem-sistem yang digunakan di pentadbiran sekolah seperti PPSMI, ISIS, EMIS Data,Pengurusan Bestari dan sebagainya.


-Mentadbir laman web SMKTAR tercanggih dan terkini.


-Kursus berkaitan ICT kepada staf bukan akademik.


-Membaik pulih komputer dan pengagihan komputer kepada seluruh jabatan dan unit-unit.


Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra adalah sekolah yang terbaik rangkaian wirwless networknya di Daerah Sabak Bernam. Ada 6 Router Wireless network di pasang di sekolah ini. Bermakna seluruh kawasan sekolah telah ada talian internet secara wireless yang di pasang 24 jam. Menurut laporan dari guru penyelaras ICT pihak ICT sekolah telah memasang 3 unit router (Jenis Dlink), kemudian 3 lagi di pasang oleh pihak kementerian pelajaran tajaan LINKSYS. Router tersebut di pasang di Makmal ICT, Pejabat, Bilik Kaunseling, Bilik guru dan kantin sekolah. Pelajar boleh melayari internet secara percuma di mana-mana kawasan sekolah, termasuk di pintu pagar. 


                     Image  Image



Image  



  Image
                 

   Image             Image


GURU- GURU YANG MASIH BERKHIDMAT DI SEKOLAH SAYA 
 



                  
Kaunselor-kaunselor, Guru Data dan Guru Media 



  








  Guru-guru Unit Teknik Vokasional

















  Guru-guru Unit Bahasa















  Guru-guru Unit Sains Dan Matematik

















   Guru-guru Unit Sains Kemasyarakatan

















Guru-guru Unit Pendidikan Khas







MAJALAH SEKOLAH








AKHIRNYA, SAYA BERASA BANGGA SEBAGAI PELAJAR SMK STARP..I LOVE STARP ..


2 comments: